Taman Kinabalu telah diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 2 Disember 2000 lepas. Pengisytiharan ini mengiktiraf kepentingan nilai alam semulajadinya di peringkat dunia, untuk kepentingan manusia.
Warisan ini merupakan pusaka kita daripada masa lampau, yang kita nikmati pada hari ini dan akan diwariskan pula kepada generasi akan datang. Warisan alam semulajadi kita ini merupakan sumber hayat yang tidak ada gantinya.
Dengan pengisytiharan Taman Kinabalu sebagai Tapak Warisan Dunia, ianya telah menjadi warisan seluruh dunia.
Sebab mengapa ianya diiktiraf sebagai tapak warisan dunia kerana untuk perlindungan,penyelidika, penerbitan dan juga sebagai kebun-kebun pemuliharaan.
Taman Kinabalu, seluas 75,370 hektar (753.7 km persegi) telah diwartakan sebagai sebuah Taman Negara pada tahun 1964. Taman ini kemudiannya diubah nama kepada Taman Kinabalu pada tahun 1984.
Taman ini merupakan salah sebauh daripada enam buah Taman yang diurus oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi negeri Sabah.
.jpg)
Antara tujuan Taman-Taman ini diwartakan adalah untuk mengekalkan keindahan alam dan melindungi flora dan fauna yang terdapat di dalamnya.Gunung Kinabalu membentuk bahagian utama Taman ini dan dengan ketinggian 4095.2 m dari aras laut, Gunung ini adalah yang tertinggi di Asia Tenggara.
Kaki dan lereng Gunung ini (diluar kawasan Taman Kinabalu) dihuni oleh masyarakat dari suku kaum Kadazandusun dan mereka mempercayai gunung ini sebagai tempat persemadian roh nenek moyang mereka yang telah meninggal.
Itulah sebabnya Gunung ini dipelihara dan dikekalkan keasliannya sejak zaman-berzaman oleh masyarakat kadazandusun. Malah sahingga sekarang, upacara memuja roh-roh penghuni gunung ini masih dilakukan setiap tahun untuk memastikan tidak ada kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku kepada para pendaki.
.jpg)
Flora Kinabalu Kepelbagaian biologi yang amat tinggi di Kinabalu membawa berbagai gelaran kepadanya. Professor Corner dari Universiti Cambridge yang telah mengetuai dua ekspedisi saintifik besar-besaran ke Kinabalu pada tahun 1961 dan 1964 mengisytiharkan kepada dunia sains bahawa Kinabalu "mempunyai flora yang sangat istimewa dan terkaya di dunia dengan saiz yang setara". Hasilan daripada siri ekspedisi ini kemudiannya menjadi asas pewartaan Taman Kinabalu sebagai kawasan Taman Negara pada tahun 1964.
.jpg)
Taman Kinabalu juga terletak di tengah-tengah rantau biogeografi Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian floranya, dan WCMC (World Conservation Monitoring Centre) mengenalpasti Kinabalu sebagai salah satu daripada 234 tapak utama yang terkaya dan terpenting sebagai pusat kepelbagaian di seluruh dunia. Pada tahun 2000, Asiaweek telah juga mengisytiharkan Taman Kinabalu sebagai kawasan hutan terlindung yang terunggul di Asia.
.jpg)
.jpg)
Antara contoh-sontoh spesis bunga-bunga yang ada di dalam Taman Kinabalu Sabah
.jpg)
.jpg)
Taman Negara Kinabalu sememangnya mempunyai banyak bahagian-bahagian menarik minat para pelancong yang mana lebih kurang 200,000 pelawat ke Taman Kinabalu dan lebih kurang 40,000 pendaki gunung Kinabalu setiap tahun juga di samping banyak spesis-spesis tumbuhan yang memukau mata yang memandang kerana keindahan semula jadinya membuat sesiapa sahaja yang berkunjung pasti akan jatuh cinta dan merindui untuk datang ke Taman Negara Kinabalu yang terletak di sabah ini
.jpg)